Tuesday, 8 November 2011
Wakil Jamaah
Berasal dari Terengganu dan menetap di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di sana dan menamatkan pengajian tinggi di UKM dalam bidang pengajian Islam dan Pendidikan. Di London dan California USA dalam bidang Pentadbiran Perniagaan peringkat Sarjana. Pernah bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kini sebagai pesara. Pernah menulis dua buah buku; Panduan Ibadah (terbitan JAKIM) dan Solat Amali (terbitan JAKIM) dan kemudiannya oleh Utusan Melayu. Pernah dilantik sebagai Penguasa Daerah Banci dan Pengurus Pilihanraya. Telah membuat kerja-kerja amal Korban dan Akikah di Kemboja secara solo sejak beberapa tahun yang lalu.
Senario
Ahlan wa sahlan.... Selamat datang para pembaca budiman ke blog Jama'ah al Ehsan. Semoga kedatangan anda menambahkankan lagi bilangan penyokong Blog ini dan seterusnya sama-sama membantu masyarakat Islam kita di Kemboja. Hendaknya sokongan kita dapat menggembirakan hidup mereka setidak-tidaknya sekali setahun, walaupun tidak setiap hari.
Seperti yang disebutkan, pertubuhan ini adalah satu-satunya pertubuhan sukarela yang bergerak aktif dalam mencari dan mengumpul sumbangan khususnya untuk korban dan akikah, perigi dan tandas. Di Malaysia, jama'ah mengamanahkan Tuan Hj. Mohamed bin Jusoh (A.M.N) - pesara JAKIM - untuk mengumpul sumbangan tersebut. Alhamdulillah hingga kini beliau dapat menjalankan tugasnya dengan amat baik. Allah jua yang dapat memberi ganjaran yang setimpal kepadanya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi beliau di talian 019 3875847 atau fax 03 61851145 atau email: hambajua@gmail.com.

Permohonan untuk berkorban dan akikah dibuka sepanjang tahun dan tidak ada tarikh tutup. Ini untuk memberi peluang semaksimum mungkin kepada anda atau kepada sesiapa yang ketiadaan masa untuk menguruskannya dalam tempoh-tempoh tertentu. Jama'ah mempunyai stock lembu yang mencukupi setiap masa kerana pengurusan stock dikendalikan sendiri oleh orang tempatan.
Pendaftaran. Tidak ada borang tertentu untuk membuat pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, SMS, fax atau email seperti yang tertera di atas. Apa yang paling penting; butiran maklumat dapat diterima dengan jelas. Bagaimanapun borang yang dipaparkan dalam blog ini sesuai untuk digunapakai. Borang-borang yang berlainan bentuk juga boleh diterima.
Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek, wang post dan pindah akaun. Akaun yang digunakan secara aktif bagi tujuan ini ialah Maybank 1121 5707 3640. Bayaran secara langsung melalui wakil jama'ah, boleh diuruskan terutamanya sesiapa yang berada di Lembah Kelang. Harga untuk satu korban atau akikah pada tahun ini, 1433H/ 2012M ialah RM250.00 sahaja.
Resit Rasmi. Sebaik-baik sahaja anda membuat bayaran melalui bank, sila maklumkan nama penuh peserta, nama serta alamat surat menyurat pemohon (jika orang berlainan yang membuat permohonan). Ini untuk memudahkan penghantaran resit rasmi penerimaan wang (jika perlu). Resit Rasmi penerimaan wang akan dihantar setelah pengesahan bayaran.
Sijil Penyertaan akan diberikan atas permintaan.
Sumbangan Lain. Jama'ah juga menerima sumbangan orang ramai untuk membuat perigi dan tandas. Menggali sebuah perigi yang dalamnya tidak kurang dari 35 kaki memerlukan kos sebanyak RM1,500.00 dan membuat sebuah tandas memerlukan sekurang-kurangnya RM1,600.00. Inilah peluang yang baik untuk membuat Sedekah Jariah yang pahalanya akan berkekalan walaupun kita sudah tidak ada lagi di dunia ini - sedekah yang nilai pahalanya setaraf dengan anak yang soleh yang berdoa kepada ibu atau bapaya.

..Kasihanilah sesiapa yang berada dimuka bumi, nescaya anda akan dikasihani oleh penghuni langit.
Maksud Hadith
Membantu orang yang berada dalam kesusahan adalah lebih afdhal dan amat bermakna.Borang Penyertaan
BORANG PENYERTAAN KORBAN DAN AKIKAH AL EHSAN
DI KEMBOJA
Saya wakilkan kepada tuan untuk menyempurnakan Korban/ Akikah berikut:-
1. ........................................................................K/A............bhg.
2. ........................................................................K/A............bhg.
3. ........................................................................K/A............bhg.
4. ........................................................................K/A............bhg.
5. ........................................................................K/A............bhg.
6. ........................................................................K/A............bhg.
7. ........................................................................K/A............bhg.
Sumbangan untuk Perigi ..............................................................
Sumbangan untuk Tandas ............................................................
Jumlah Bayaran ...........................................................
Nama: ........................................................................................
Alamat Surat Menyurat ...............................................................
..........................................................................Poskod..............
Tel: .....................Fax........................email...................................
Tarikh: ...................................... Tandatangan ............................
* Sila kembalikan kepada Jamaah al-Ehsan, No. 15, Jln Batu Muda Tambahan 10, Batu Muda Tambahan, 51100 Kuala Lumpur atau
SMS 019 3875847 atau Fax 03 61851145
Subscribe to:
Posts (Atom)